:: JanGan KerNa PerNamPiLan, DIri Ini DIjadikan Sekilas PanDangan..KeNaLi LaH dIrI iNi sEbeLum MemBuat ANdaiAn ::



~:~ It's Me ~:~

| NiCknAmE | LadyInBlack : Cik Pooh : Teddy : Honey Bunny : Afiza : Mas : Baby G : Gnetto|

[ pooh_mfz ]

Zodiac:

My Words
" Kadangkala aku kepingin terbang seperti sang rerama yang bebas mencari destinasi, Tetapi aku tidak punya sayap untuk meredah angin, Kadangkala aku impikan mentari yang sentiasa bersinar, Tetapi bulan juga punyai tugas dikala malam menjelma, Kadangkala aku dambakan dunia yang berfantasi, Tetapi dunia yang hakiki ini punya sejuta illusi, Kadangkala aku mengharapkan pengertian dari semua teman-teman, Tetapi aku tahu mereka semua punya bebanan di telapak tangan, Apa kata sang hati? Apa kata sang fikiran? Bila mana hujan seakan sukar untuk berhenti dan mentari pula seakan rajuk untuk bersinar "

PiLihan HaTi
" Alhamdulillah- Too Phat Feat Yassin, Dian & Daly of Ahlifiqir ", " Ayu- VE" & " My Boo- Usher & Alicia Keys

PiLihan RaMadan
" Harapan Ramadan- Raihan & Man Bai "

PiLihan AidiLfitri
" Ku Pohon Restu Ayah, Bonda- Mamat "

Nukilan PiLihan Hati
" KL, Dimana Suamiku, Satu Janji, Bunga Cinta & Ombak Rindu "

:.. Mai BerSemBanG ..:
   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30




~: It's Me :~


- Thought Of The Day -

SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah.
Semasa penurunannya ia telah diiringi
oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan
dan kemuliaannya.

Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana
adanya satu perintang dalam perjuangan mereka.
Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid b
Tsabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk
setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan
petang
setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,
InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,
kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak,
harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah
s.w.t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah"
sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak
18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai
hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan
diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya
serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang
membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan
kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Untuk amalan kita semua... ..
Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis

Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi,
Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.
Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat
Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan
sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan
dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi
Muhammad.

Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi
akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah
daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,
akan terhindar daripada pencerobohan pencuri.
Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat
pencuri daripada memasuki rumah.
Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan
keselamatan ketika dalam perjalanannya.
Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam
pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat
Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga
terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring
di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap
sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan
Allah hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap
sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk
syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya
ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia
ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di
sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap
sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati
orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,
pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar
rumahnya,
maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,
mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang
Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan
rohnya
dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama
nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika
dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi
pertolongan kepadanya

Dari Abdullah bin 'Amr r.a. ,
Rasullullah s.a.w. bersabda, " SAMPAIKANLAH PESANKU
BIARPUN SATU AYAT... "



~ Kelebihan Surah Al-Ikhlas ~

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha
Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan
bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita
dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah
surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad.
Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah
salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah
salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana
salam

pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita
menjawab persoalan kubur.
Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar
menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan
daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam
malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal
dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia
dari
kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka
melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya
sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam
Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang
menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil
untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya
itu.Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW
menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah
Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy
di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah
300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara
sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari
timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis disayap
malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat
Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat
Israfil a.s.


MY FRIENDS


Dandelion
Mediahorizon
Buttet
Shue
Mancis Api
Kak Salina
Kak Sri Diah
Fajar Online
Zuril
Mr BoyerZ
Mrs Faryna
Jebat
Archiq

Kau & Aku, Kita Berbeza

Seri Adriani

Virtualfriends.net

Sifoo.com

Asamboi.org

Blogdrive.com

Reunion 98 Semenda, Astana Raja

Reunion98 Semenda, Foto Album



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Thursday, August 24, 2006
MOVE OUT

MY BLOG IS CURRENTLY AVAILABLE AT
 
http://tun-t3ja.blogspot.com


THANK YOU!


Posted at 03:39 pm by LadyInBlack
Komen Skit Yer!!  

Friday, August 18, 2006
Ayu....

masa memula dengar lagu ni terasa macam di awang-awangan, rasa macam tersentuhnya hati bilamana seorang gadis begitu disanjungi oleh seorang jejaka. sesiapa pun pasti akan tersentuh bila mendengar bait-bait susunan lirik diiringi oleh melodi yang lembut sekali.

masa memula letak lagu ni dulu kat blog kat Lady In Black, masa tu ramai jugak respond dari pembaca-pembaca. ada yang suka dan tak kurang jugak ada yang tanya kenapa syahdu sangat musik latarnya.
jawapan aku ialah "saya suka lagu tu, saya rasa diri saya dihargai setiap kali saya dengar lagu tu"
dan lagu itu sebenarnya aku tujukan khas buat arwah Mak. dulu didalam entry di Lady In Black ada ditulis lirik itu ku tujukan khas buat dirinya. diri Mak begitu ayu sekali bagiku..walaupun selalu hadapi dugaan dalam hidupnya, tidak pernah sekali pun dia mengeluh. Mak akan buat apa sahaja demi kebahagiaan diri anak-anaknya dengan harapan anak-anaknya tidak akan melupakan dirinya apabila besar. Kata mak, biarlah diri kita susah asalkan kita tidak menyusahkan orang lain dan tidak mengemis untuk sesuap nasi. Mak begitu prihatin dengan persekolahan anak-anaknya, Mak sanggup bersengkang mata sehingga ke jam 4 pagi untuk menyiapkan sepasang baju yang ditempah oleh jiran sekeliling. Setiap kali kami adik beradik tidak punya wang yang cukup dan ayah tidak dapat menyediakannya Mak akan cakap "takpa, pergilah tido..esok adalah duit tu ye" dan apa yang Mak janjikan memang ditunaikan.

pernah sekali dulu kami tidak punya wang untuk membeli ikan dan Ayah belum balik, Mak masakkan kami beras dan dibuatnya nasi goreng kosong sepinggan besar. Kata Mak dirinya tidak apa jika berlapar kerana esok masih ada lagi untuk dia makan tapi kami tidak boleh kerana kami perlu ke sekolah...kalo perut tidak diisi macam mana otak nak terima pelajaran dan akhirnya Mak berlapar demi kami. Mak umpama Tun Teja yang sanggup menggalas tanggungjawab tidak kira walau apa cabaran sekalipun.

bulan ramadan adalah bulan yang paling bahagia sekali bagi kami. setiap kali tiba waktu berbuka pelbagai juadah Mak akan buat, sikap Mak yang kami paling suka ialah tidak suka membeli kuih di luar. Kata Mak "alah senang aje tu Mak boleh buat"..dan pasti kata-katanya itu ditunaikan. Mak paling suka buat kuih puteri mandi, bubur pulut hitam, bubur kacang dan kadang kala mak akan masak hati bercampur betik. Juadah tu akan diserikan lagi dengan cendol buatan mak.

tanpa diduga..segalanya telah tiada.
arwah Mak pergi jua..dalam keadaan yang tenang tanpa menyukarkan anak-anaknya.
tiada sebarang tanda ganjil yang berlaku..
selang 3 bulan pemergian arwah Ayah...Mak pula menyusul.
kata orang mereka sehidup semati kerana perginya mereka didalam tahun yang sama. Ia, mungkin benar..
kasih sayang arwah ayah dan mak sehidup semati.

disini aku letakkan kembali lirik Ayu khas buat arwah Mak.


Berlalunya hari demi hari,
Sayunya hatiku ini,
Tak ku sangka kau disini,
Baju kurung putih berseri,

Ayu..
Kaulah wanita,
Kaulah sanubari,
Semadikanlah selamanya,
Yang teristimewa,
Keayuanmu,

Kaulah mawarku,
Kau lah yang satu,
Berikanku sebutir harapan keikhlasan,
Tanpamu kini ku tenggelam,
Siang malam ku hanyut dikhayalan,
Bersamamu,
Tak mudahku melupakanmu,

Dalam dirimu,
Penuh kelembutan,
Semakin hari makin rinduku padamu,
Tanpamu ku sayu,
Terkenang kembali,
Sewaktu pertemuan dulu,

Ayunya wajahmu,
Ayunya senyumanmu,
Semadikan selamanya,
Yang teristimewa selamanya,
Keayuanmu,

Wajahmu,
Senyumanmu,
Yang teristimewa,
Keayuanmu....


::dan sesungguhnya aku amat merindui wajah yang ayu itu..


Posted at 04:03 pm by LadyInBlack
Komen Skit Yer!!  

Thursday, August 10, 2006
:.. perasaan & emosi ..:

hari ni masuk hari ke 6 aku support di Mindef. pada hari pertama iaitu Khamis lepas,rata-rata semua user agak takut untuk mengunakan sistem baru tapi start hari isnin lepas alhamdulillah semua dah pandai guna ikut senario yang dorg hadapi.

berada di Mindef ni aku rasa macam tenang sikit, takdalah berhadapan dengan suasana ofi yang tegang. keadaan di sini agak slow dan rileks. dari segi keja,rata-rata kakitangan kerajaan kesemuanya tidak lah mempunyai wordload yang dasat. kirenya sempat lagi lar lari-lari jemput anak disekolah,balik menyediakan lunch untuk suami dan tak kurang menghabiskan waktu disurau untuk menunaikan solat sunat.

indahnya kalo waktu kerja sektor swasta macam ni kan..tp itu tak mungkin terjadi sbb sektor swasta mempunyai daya saing yang cukup hebat. semua syarikat berlumba-lumba untuk menambah keuntungan berbanding sektor kerajaan yang masing-masing bekerja untuk mendapatkan sesuap nasi utk keluarga.

tapi,ketenangan aku tu diragut semalam.ntah kenapa,kawan rapat aku agak emosi semalam. akibat dari salah faham di blog sekolah kami, dia menyendiri. aku tahu dia ada masalah dan kami berbalas email. pagi tadi dari isi emailnya aku akui yang agak terkejut dan sedih namun aku harap2 sgt dia xkan menyendiri terlalu lama. sedih juga bila baca tuturan ayatnya tp aku tahu life ni isn't that easy. kadang-kadang dugaan tu terlalu berat hingga kita rasa macam susah nak hadapi tp aku percaya insy'allah kwn aku tu boleh hadapinya bergantung kepada kesungguhan dan kekuatan emosinya.

bila kita hadapi masalah atau tekanan, kita harus tahu bezakan perasaan dan emosi. ada perbezaan diantara dua itu dan selalunya emosi lah yang sering menghantui kita berbanding dgn perasaan. buat cik Martinez hanya 'sabar' yang aku mampu bgtau dan aku nih jenis yg susah nk tunjukkan perasaan aku dpn org dan aku actually amik berat diri ko cuma susah nak tunjuk kt dpn..so,rileks oke..sebenarnya aku lgi hadapi masalah dr ko..masalah aku tiada siapa yang tahu kerana bagi aku biarlah perasaan aku itu aku sorg yang simpan dan aku tak nak terlalu emosi sehinggakan menjejaskan orang sekelilingku yang amik berat psl diri aku nih.

p/s: sesekali ku rasakan dunia ini sudah sampai ke penghujungnya dimana manusia saling memberontak dan dunia sudah tidak aman lagi..saling bunuh membunuh sesama sendiri.

~ hidup ni ibarat menanam sebatang pokok bunga, kalau dibaja maka naik subur lar dia tapi kalo dibiarkan sendiri alamatnya dia akan layu dan mati dipanah matahari ~

 


Posted at 12:57 pm by LadyInBlack
Komen Skit Yer!!  

Wednesday, August 09, 2006
:.. i'm a positive person,i'm strong, i could face the world...but,everybody forgot that i'm just an ordinary person ..:

i'm a positive person..i can face the world with wide open arms...i can walk and laughing at the same time..but everybody forgot that i'm just an ordinary person that can cry and fall down..

dah 2 bulan lebih pemergian mak tapi aku masih tak mampu nak teruskan hidup ni dengan gelak ketawa. aku tahu ramai dikalangan kamu semua tidak nampak riak sedih di mataku kerana ku seorang pretender..i've pretend so many times until i couldn't face it anymore.

menangis dan terus menangis didalam hati...kadang-kadang terfikir juga bahawa dunia ini tidak pernah adil. duniaku ditinggalkan keseorangan. mak dan ayah pergi dalam tahun yang sama. kami sangkakan ini semua tidak akan pernah terjadi tapi kuasa Allah tiada satu pun hambaNya mampu melawan.

semalam mak ngah telefon dia ckp keadaan adik di asrama tidak lah sebaik yang disangkakan. adik byk bawa diri sendiri, makan pun sorang-sorang dan kadang-kadang nampak dia termenung kesorangan. menitis air mataku bila along buka mulut bercerita. aku tahu dugaan ini terlalu berat dan payah untuk kami galas.

aku sendiri sehingga ke hari ini anggap benda ni macam mimpi. kadang-kadang walau macam mana aku cuba sibukkan diri pun tetap akan terfikir tentang arwah mak. mmg lah bila teringat pasti akan ku bacakan Al-Fatihah tp tetap xdpt nak hilangkan rasa sunyi itu.

kenapa ya dunia ini tidak adil?aku xpenah salahkan takdir Allah cuma aku terasa sunyi dgn kehilangan mak..


Posted at 12:26 pm by LadyInBlack
Komen Skit Yer!!  

Sunday, July 23, 2006
:.. Move out ..:

hai semua..since susah sangat nk letak entry kat ofis so saya move out ke blog yang baru di alamat http://tun-t3ja.blogspot.com.

sekiranya ingin melihat-lihat barisan susunan hasil tulisan saya silalah melayari url diatas yea.jangan risau, saya masih lagi aktif menulis cuma kurang peruntukan masa.


Posted at 01:15 am by LadyInBlack
Komen Skit Yer!!  

Wednesday, June 14, 2006
:.. Al-Fatihah Mummy..:

hari ni hari pertama aku menjejakkan kaki ke ofis setelah 9 hari aku cuti sempena kepulangan ibu tercinta ke rahmahtullah. idup aku sepi...air mata ni asyik mengalir setiap kali terpandangkan baju dan barang2 arwah. baru semalam aku berjaya mengurangkan air mata aku..kata Syko 'ko kene fikir keadaan arwah disana'. betul tu, aku xmahu menyeksa ibuku disana namun air mata ini tidak dapat ku kawal. sehari selepas ibu kembali mengadap Illahi, aku diserang demam sehinggalah ke hari ni...aku tidak dapat menerima keadaan ini..aku merasakan seolah arwah masih lagi ada di rumah, menyiapkan sarapan untuk kami setiap kali kami balik ke kg..yang paling menyakitkan hati aku, ibu pergi semasa berada di KL.

pada hari jumaat 02 June, ibu dan adik datang ke KL sempena cuti sekolah. kata ibu dia nak menjaga Qistina (anak buah aku) yg baru 3 bulan tu.katanya lagi..inilah masa utk dia bermanja. tiada sebarang tanda ganjil dari ibu...semua seperti biasa cuma ibu kelihatan sangat2 gembira...hari sabtu 03 June aku keluar bersama dgn kawan baik aku. tiada aku lihat sebarang perubahan pada ibu cuma masa aku bersiap pagi itu ibu datang ke bilik aku dan bercerita itu dan ini mengenai aktiviti baru ibu di kg..ibu mengikuti kelas fisioterapi. aku seronok melihat ibu ceria dan dia sudah dpt melupakan permergian arwah ayah March yg lalu..cuma mungkin aku yg tidak dpt melihat sesuatu padaibu "malam ni, mak tidur umah mak lang ye sebab lepas ni dah tak dapat nk tidur sana"..itulah ayat terakhir dari ibu. aku hanye tersenyum lalu menganggukkan kepala tanda setuju..dan itulah saat terakhir aku melihat ibu..kali terakhirnya.

ahad 04 June...aku dikejutkan dgn panggilan telefon dari mak lang, katanya ibu ku terjatuh di bilik air ketika sedang mandi dan tidak sedarkan diri. aku kejutkan adik yg sedang lena dan bersiap-siap untuk ke sana..selang beberapa minit kemudian, pakcik Zali menelefon dan bertanyakan soalan yang sampai ke hari ini masih lagi bermain di dlm fikiran aku "nak kebumi jenazah di mana?kampung atau sini?". bagaikan dipanah kilat....jantung aku berdegup dengan lajunya...tiada sebarang perkataan yang keluar dari mulut aku..adik mula menitiskan air mata begitu juga dengan kak long aku.. Ya Allah, kami telah kehilangan pertama hati kami.

dan kalau dilihat pada diri aku...aku sudah tidak seperti dulu, tiada gelak tawa dari diri aku..dan hanya hari ini sahaja baru aku berdaya untuk bersiap ke pejabat. walaupun aku tahu kerja banyak di pejabat namun hati aku masih di rumah...masih lagi melihat gelak tawa ibu....masih lagi menatap ibu menjahit baju..

dan pada hari ni jugak aku masih tidak mampu untuk memakai sepasang kurung biru yang ibu jahitkan khas untuk aku dan bawa pada hari jumaat sebelum ibu tiada...

ibu....i miss u so much!

 


Posted at 11:33 am by LadyInBlack
Comments (6)  

Friday, May 26, 2006
:.. in his gallery ..:

dah dua minggu lamanya aku dan beberapa rakan satu team bermalam di ofis..bukan setakat bermalam tapi bekerja sambil bermalam..emm,apa yang aku cakap ni..maksudnya kami bekerja tanpa tido di malam hari. sambil-sambil kerja tu mula lah sorang-sorang buat aksi untuk menghilangkan rasa mengantuk dan tak kurang jugak memasang mp3 dgn begitu kuat sekali. tetiba aje aku tertarik dengan bait-bait lirik dari mp3 yang di pasang oleh Ijad..thanks to Ijad for the song..emmmm,rse macam pernah alami aje apa yang dilagukan oleh Mario Vazquez ni, sampaikan ada jugak rakan-rakan yang cakap apalah yang dah dikaburi oleh mata aku ini tp itu zaman lampau dimana aku kurang mahir dalam menilai peribadi seseorang.kini....aku kembali bebas seperti merpati yang terbang dengan riangnya.

~ Gallery by Mario Vazquez ~

God broke the mold,

When he made this one I know
She's breathtaking but so much more
She walks in the room, your loves closed
Making you never want to breathe again
Her boyfriend has got so much dough
So much ice his neck and wrist froze
Is he faithful to her? Hell no
But she chose to be with him, shorty

Tell me is the money worth your soul
Tell me what's the reason that you hold on
When you know that dude has a whole wall of 'em just like you
And girl you're just way too fine
Gotta be treated as one of a kind
Girl use your mind
Don't be just another dime

Because

I can't take
Seeing you with him
'Cuz I know exactly what you'll be,
In his gallery
It's just not fair
And it's tearing me apart
You're just another priceless work of art
In his gallery

She's so confused
She knows she deserves more
Someone who will love and adore
But his money's hard to ignore
She really doesn't know what to do
Girl it's just a matter of time
Before he finds another more fine
After he's done dulling your shine
You're out the door and he's through with you

Tell me is the money worth your soul
Tell me what's the reason that you hold on,
When you know that dude has a whole wall of 'em just like you
And girl you're just way too fine
Gotta be treated as one of a kind
Girl use your mind
Don't be just another dime

I can't take
Seeing you with him
'Cuz I know exactly what you'll be
In his gallery
It's just not fair
And it's tearing me apart
You're just another priceless work of art
In his gallery

You're a masterpiece
I know that he
Can't appreciate your beauty
Don't let him cheapen you
He don't see you like i do
Beautiful not just for show
Time that someone let you know

I can't take
Seeing you with him
'Cuz I know exactly what you'll be
In his gallery
It's just not fair
And it's tearing me apart
You're just another priceless work of art

I can't take
Seeing you with him
'Cuz I know exactly what you'll be
In his gallery
It's just not fair
And it's tearing me apart
You're just another priceless work of art
In his gallery
In his gallery

:: jangan jadi hamba pada perasaan sendiri yang suatu hari nanti akan membuatkan anda menyesal..and 'dont just be another priceless work of art in his gallery'.

Posted at 03:10 pm by LadyInBlack
Komen Skit Yer!!  

Monday, May 15, 2006
:.. Happy Mother's Day Mom! ..:

Tidak semestinya bila tiba hari ibu baru kita menghadiahkan ciuman atau sebarang hadiah buat ibu. Dalam Islam, kita disuruh menghormati dan mengasihi ibu yang selama 9 bulan mengandungkan kita malah menghitung seluruh nyawanya untuk melahirkan kita. Bayangkan selama ini, ibu kita lah yang bersusah payah bersengkang mata dalam membesarkan kita.

Oleh itu,buat semua ibu-ibu diseluruh dunia..semoga hari-harimu dikurniakan Allah s.w.t dengan penuh kasih sayang dari anak-anak mu.



buat Puan Mahani Binti Mat Ali, Selamat Hari Ibu..semoga ketabahanmu itu
terus berkekalan ;) I Luv You Mom!



Posted at 10:25 am by LadyInBlack
Komen Skit Yer!!  

Saturday, May 13, 2006
:.. A Journey To Unknown Destination ..:

ramai yang mungkin bertanya apakah maksud tersurat & tersirat di sebalik kata-kata tersebut 'A Journey To Unknown Destination', ada yang ragu-ragu dan tidak kurang juga yang merasakan seperti aku putus asa dengan pilihan yang aku  buat. seperti kata Archiq di dalam blognya apakah yang kita mahu dalam kehidupan kita ini? benar, apakah yang kita mahu didalam hidup ini?

A journey to unknown destination disini bermaksud...jalan yang bakal aku ditempuhi tanpa ku ketahui onak durinya. Allah menyediakan laluan(path) untuk setiap umatNya berbekalkan Al-Quran dan As-sunnah, hanya kita yang perlu tahu jalan manakah yang harus kita ikuti. aku tanpa segan silu mengaku, suatu ketika dulu penah hanyut dengan pilihan aku sendiri dan syukur alhamdulillah tersedar sendiri bahawanya laluan yang aku pilih dulu bukanlah laluan yang benar. kini, aku berharap laluan yang sedang lalui ini bakal memberi aku keindahan baik luaran mahu pun dalaman.

2008..ada sesuatu yang bakal menunggu aku. walaupun suatu ketika dahulu aku tidak mengimpikan keindahan ini namun disaat aku menulis entry ini, aku akui yang aku sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab yang besar itu.seperti kata Siti Nurhaliza didalam lagunya 'biarlah ia rahsia'..begitu jua dengan aku. rahsia itu aku harus simpan sekuat-kuatnya bimbang rancangan yang dibuat ini tenggelam dipertengahan jalan. lagipun, tidak semua orang disekelilingku faham kenapa aku memilih dan ada yang tanpa memikirkan perasaan aku membuat andaian yang begitu melukakan diri ini. aku sepatutnya bebas memilih dan membuat keputusan dan...aku perlu dihargai. namun, manusia..kadang-kadang terlupa..kadang-kadang ku rasakan tidak adil bagi pihak yang lagi satu itu kerana selalu aku kurang utamakan hanya kerana ingin memenuhi kehendak rakan-rakan aku.kali ini, aku yakin dan tidak perlu mengecewakannya.

opps...entry kali ini amat sentimental pulak :D


Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
Lagu: Melly Goeslow
Lirik: Siti Nurhaliza

Pernahkah kau bermimpi seketika
berada di tempat ku
membayangkan pahit manis
berlaku tiada siapa yang tahu

mungkin nanti kau jua merasakan
berdepan dengan kata menyesatkan
takkan teguhmu kebal
tiada pertimbangan

keheningan malam membangunkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiadaku menjauhi

dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantasku pendam ku putuskan
biarlah rahsia

semakin aku hidup dalam cinta
tiada kuasa mampu menghalangnya
hentikan kata-kata bertulangkan dusta

keheningan malam membangunkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiada ku menjauhi

***dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantas ku pendam ku putuskan
biarlah rahsia
oooooo
***dan kisah ku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantas ku pendam ku putuskan
biarlah rahsia

*dan aku masih lagi menjadikan ianya rahsia demi menjaga hati semua pihak....



Posted at 05:02 pm by LadyInBlack
Komen Skit Yer!!  

Monday, April 24, 2006
:.. Gone ..:

dugaan...blog yang disayangi telah ilang skin nya..

Posted at 03:08 pm by LadyInBlack
Komen Skit Yer!!  

Next Page